TLDM Gagalkan Cubaan Seludup Warga Asing

Views: 270

Lumut – medianasionalnews. Tentera Laut Diraja Malaysia, (TLDM) menahan sebuah bot bersama dipercayai warga Indonesia kerana menceroboh sempadan negara dekat Tanjung Punggai, Johor malam tadi.

Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut berkata, pihaknya mengesan kewujudan sebuah bot yang mencurigakan dekat Tanjung Penyusop, Johor pada 10 malam.

Katanya, maklumat pengesanan disalurkan oleh Pusat Kawalan Kawasan Johor kepada Kapal Diraja (KD) Ganyang yang kemudian menyelaras aset TLDM Fast Combat Boat 1123 bersama aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, iaitu Perkasa 30 bagi menyiasat kontak curiga berkenaan.

“TLDM mengesan sebuah kontak dan sebaik saja dihampiri untuk disiasat, kontak yang dikenal pasti sebagai bot laju cuba melarikan diri.

“Bot berkenaan ditahan dekat Tanjung Punggai dan dua tekong bot terjun ke laut. Penumpang bot yang dipercayai pendatang asing tanpa izin ditahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Operasi Carilamat juga diaktifkan bagi mencari dua tekong berkenaan.

“Semua penumpang membabitkan tiga lelaki dan tujuh wanita berusia antara 20-an hingga 40-an berkenaan dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk ujian saringan COVID-19 dan siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh semua agensi terbabit Op Benteng memastikan setiap cubaan menceroboh akan dipatahkan.

Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

“TLDM bersama agensi penguat kuasa maritim lain sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara,”
*@Daps*

Happy
Happy
0
Sad
Sad
0
Excited
Excited
0
Sleepy
Sleepy
0
Angry
Angry
0
Surprise
Surprise
0

Tinggalkan Balasan

You cannot copy content of this page